FAQ Mengenai Bisnes Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Sejak Kj mendaftar sebagai ahli Shaklee dan bergiat aktif sebagai pengedar, ramai yang PM secara personal tentang bisnes ini. Jadi, post kali ini, Kj listkan Frequently Asked Questions (FAQ) tentang keahlian Shaklee.


Q1
Shaklee ini apa?

A1
haklee adalah syarikat peneraju dalam perniagaan dan penghasilan supplement yang terulung di dunia dan telah berusia lebih 55 tahun. Di Malaysia, ia telah wujud lebih 30 tahun. Anda boleh rujuk www.shaklee.com.my untuk melihat latarbelakang Shaklee di Malaysia.

-----------------------------------------------------------------------------------
Q2
Adakah produk Shaklee halal?

A2
Ya, kesemua produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia telah diiktiraf halal oleh  Islamic Service of America yang merupakan badan diiktiraf JAKIM. Anda boleh semak di sini.


Q3
Bagaimanakah cara untuk saya menjadi ahli Shaklee?

A3
Anda boleh menyertai Shaklee dengan cara berikut;
  1. Menghubungi mana-mana Pengedar Sah Shaklee dan membuat pembayaran berjumlah RM80 untuk keahlian seumur hidup ; atau
  2. Mendaftar secara online di sini ; atau
  3. Sertai secara PERCUMA dengan pembelian produk 200UV ke atas iaitu produk bernilai RM680 dan ke atas dalam satu resit.
---------------------------------------------------------------------------------
Q4
Adakah saya wajib menjual produk setelah menyertai Shaklee?

A4
Tidak, anda tidak diwajibkan untuk menjual produk atau berbisnes setelah menjadi ahli Shaklee. Anda boleh menjadi ahli untuk menikmati produk dengan harga ahli. Namun begitu, jika anda ingin menyertai bisnes Shaklee, ia adalah amat digalakkan :)

------------------------------------------------------------------------------------
Q5
Bolehkah saya memulakan bisnes Shaklee tanpa perlu mengeluarkan modal?

A5
Ya, boleh. Anda cuma perlu mengumpul pesanan/order dari rakan-rakan, saudara mara, keluarga sehingga mencapai pembelian RM680 dan ke atas di dalam satu resit, kami akan daftarkan anda sebagai ahli Shaklee secara PERCUMA.

------------------------------------------------------------------------------------
Q6
Adakah saya perlu membuat pembelian produk setiap bulan untuk mengekalkan keahlian?

A6
Tidak, anda tidak perlu membuat pembelian produk setiap bulan atau pembelian minimum untuk mengekalkan status keahlian Shaklee. Namun begitu, sekiranya cukup minimum pembelian bulanan, anda layak mendapat cashback/bonus, jika tidak cukup, anda tidak layak mendapat cashback/bonus, namun keahlian TIDAK terbatal.


------------------------------------------------------------------------------------
Q7
Berapakah nilai pembelian minimum untuk melayakkan saya menerima cashback/bonus?

A7
Pembelian minimum bulanan untuk layak bonus hanyalah lebih kurang RM480 sebulan. Anda boleh menggunakan ID Shaklee anda untuk membuat belian, juga boleh berkongsi ID anda dengan sahabat & saudara-mara.

------------------------------------------------------------------------------------
Q8
Bagaimanakah cara untuk saya membuat pembelian produk?

A8
Pembelian produk boleh dibuat dengan cara berikut;
  1. Pembelian secara terus/walk in di mana-mana cawangan Shaklee seluruh Malaysia.
  2. Pembelian melalui panggilan telefon (menggunakan kad debit / kad kredit sahaja)
  3. Pembelian melalui online di website Shaklee2u (khusus buat ahli yang berdaftar) (menggunakan kad debit / kad kredit sahaja)
------------------------------------------------------------------------------------

Q9
Adakah saya perlu menyimpan stok produk untuk tujuan bisnes?

A9
Ia tidak diwajibkan dan bergantung kepada anda untuk berbuat demikian. Shaklee menyediakan perkhidmatan pengeposan untuk terus dihantar kepada pelanggan anda. Ia adalah sama seperti sistem dropship.

------------------------------------------------------------------------------------
Q10
Berapakah jumlah bonus yang boleh saya diperolehi dari bisnes ini?

A10
Bonus yang disediakan untuk semua pengedar Shaklee adalah bergantung kepada usaha dan keluasan network anda. Bonus yang boleh dinikmati adalah serendah dua angka sehinggalah ke 6 angka malahan tiada had.

------------------------------------------------------------------------------------
Q11
Bagaimanakah cara Shaklee membayar Bonus kepada saya?

A11
Bonus akan dikreditkan ke akaun anda pada 14hb setiap bulan yang berikutnya. Sebagai contoh, bonus bagi pembelian bulan Mac, ia akan dikreditkan pada 14hb April. Butiran nombor akaun disediakan oleh anda semasa pendaftaran sebagai ahli.

------------------------------------------------------------------------------------


Q12
Selain dari Cashback/Bonus, apakah keistimewaan lain setelah saya menyertai Shaklee?

A12

Shaklee menawarkan 3C - Cash, Car & Convention

1. Cash - Ganjaran tunai meliputi :
# Bonus dari jualan kumpulan
# Untung runcit
# Bonus kepimpinan
# Insentif Coordinator (pangkat)

2. Car
# Apabila kumpulan anda telah berkembang dan mencapai jualan minimum yang ditetapkan, anda layak menerima tambahan 3% daripada keseluruhan. Ini dikenali sebagai insentif kereta. Shaklee membayar secara tunai. Terpulang kepada anda bagaimana untuk digunakan

3. Convention
Selain mengumpul uv (unit value) bagi setiap pembelian, anda juga berpeluang mengumpul mata untuk percutian dalam negara dan antarabangsa. Mata dikira berdasarkan:

i ) Jualan kumpulan ; lebih kurang RM930 menyumbangkan 1 mata
ii) Pendaftaran ahli baru dengan pembelian RM650 ; menyumbangkan 1mata
iii) Penghasilan leader baru. Seorang supervisor (dgn jualan RM9000 sebulan);  20 mata
iv) Kenaikan pangkat ; ni ada jumlah tertentu ikut jadual, semakin tinggi pangkat, semakin banyak mata

Percutian ini terbahagi kepada 2 :
1. Percutian dalam negara
2. Percutian antarabangsa atau Umrah Ziarah bagi Muslim Leader.

Umrah ditawarkan setiap tahun, destinasi percutian lain adalah berbeza mengikut tahun.

------------------------------------------------------------------------------------
Q13
Adakah saya perlu melalui tempoh tertentu sebelum mencapai bonus yang tinggi (4-5 angka)?

A13
Ianya bergantung kepada usaha anda. Anda pengedar yang telah berjaya mencapai bonus 4 angka di dalam bulan pertama menyertai Shaklee dan ada juga yang mencapai bonus 5 angka dalam masa kurang 1 tahun.

------------------------------------------------------------------------------------

Q14
Adakah saya wajib menyertai kelas atau mesyuarat tertentu?

A14
Tidak, di Wealthy Beauties kami menyediakan platform kelas secara online (melalui Whatsapp) dan juga personal coaching. Kelas atau perjumpaan secara offline diadakan secara sekali-sekala jika perlu. Kami mempunyai support group yang besar yang akan membantu satu sama lain untuk berjaya di dalam bisnes ini. Semuanya dijalankan secara online :)

Namun begitu, pihak Shaklee Malaysia banyak mengadakan kelas mengenai produk dan program-program yang menarik untuk semua ahlinya. Ianya bergantung kepada samada untuk menyertainya atau tidak.

------------------------------------------------------------------------------------
Q15
Perlukah saya mencari downlines?

A15
Permulaan bisnes Shaklee adalah perkongsian kebaikan produk dari hati ke hati dan pengalaman anda sendiri. Tanpa downlines, anda juga boleh mencapai rank Supervisor dan menikmati peratu bonus tertinggi iaitu 21%. Namun sekiranya ada antara pelanggan yang ingin menjadi ahli/downline anda, inilah peluang untuk anda berkongsi ganjaran Shaklee dengan mereka.

------------------------------------------------------------------------------------

Anda masih mempunyai persoalan? Terus hubungi Kj ya :)

Jika anda berminat untuk menyertai keluarga besar kami di Wealthy Beauties, klik gambar di bawah


Ada kemusykilan? Jangan segan-segan contact Kj ok :)
PM/ Whatsapp : 0 1 8 7 7 8 5 2 5 0
Instagram : @kedai_ju

0 comments:

Post a Comment